Kepada anda yang ingin melakukan “mirroring” daripada PC kepada peranti pintar atau sebaliknya, berikut kami kongsikan alternatif yang boleh dicuba.
Pertama sekali buka Google play atau Appstore dan pasang aplikasi ApowerMirror berikut.
Kemudian pada PC pula, masuk ke laman www.apowersoft.com/phone-mirror untuk memuat turun aplikasi dan memasangnya pada PC.
Seterusnya pastikan kedua – dua peranti yang ingin dihubungkan tersebut telah tersambung pada Wi-Fi yang sama
atau dihubungkan menggunakan kabel USB.
Maka dengan itu paparan pada peranti pintar akan dapat diakses pada PC.
Ianya boleh juga digunakan untuk bermain permainan video ataupun meonton filem yang terdapat pada peranti pintar.
Yang lebih menarik lagi, paparan PC juga dapat diakses pada telefon pintar.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.