Penggunaan fail berformat PDF sememangnya sinonim kepada anda yang ingin berkongsi data dan maklumat. Kepada anda yang mempunyai terlalu banyak fail PDF yang berasingan, berikut kami kongsikan cara untuk menggabungkannya kepada satu fail tunggal.
Terdapat bebrapa aplikasi yang mempunyai kebolehan untuk menggabung fail – fail PDF kepada satu, namun kebanyakannya adalah perisian yang berbayar. Untuk mendapatkan kemudahan tersebut tanpa perlu sebarang aplikasi, ikuti sahaja langkah berikut.
Pertama sekali masuk ke laman sesawang pdfmerge.com
Maka akan muncul paparan berikut, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menekan tombol Choose File untuk memilih fail PDF yang ingin digabungkan
Pilih fail yang anda inginkan
Setelah selesai, tekan pada tombol Merge untuk memulakan prosesnya
Apabila sudah selesai, klik pada menu berikut untuk memuat turun fail yang telah tercantum. Selesai
Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.