Kepada pengguna iPhone sememangnya agak sukar untuk memuat turun sebarang audio atau video daripada laman sesawang ataupun youtube kerana kekangan tertentu. Berikut kami kongsikan cara aternatif yang mudah dan pantas untuk memuat turun sebarang audio atau video daripada aplikasi Youtube terus kedalam storan peranti Apple tersebut.
Pertama sekali masuk ke menu Setting > Safari > Downloads, kemudian pilih menu on my iPhone
Kemudian tap pada menu others dibawahnya dan pilih menu Folder Downloads.
Seterusnya masuk ke aplikasi Youtube, pilih video atau audio yang anda ingin muat turun. Kemudian tap pada ikon share > copy link
Masuk ke laman ytmp3.cc dan tampal pautan yang anda salin sebentar tadi daripada aplikasi Youtube disusuli dengan menekan tombol convert.
Tunggu sebentar sehingga prosesnya selesai, seterusnya tap pada tombol Download.
apabila muncul paparan berikut tap sahaja pada menu Download.
Apabila ianya siap dimuat turun, masuk ke menu Files > on my iphone > downloads. Maka disitu disimpan fail yang telah selesai anda muat turun sebentar tadi.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.