Agak Menjengkelkan sekiranya gambar penting atau bersama keluarga tertangkap dengan keadaan anda tidak bersedia ataupunĀ kebiasaannya ialah dengan mata terpejam.
Berikut kami kongsikan cara untuk menyunting gambar yang ditangkap menggunakan iPhone.
Pertama sekali pastikan gambar yang diambil dengan menggunakan Live Photo.
Pada bahagian Photos, buka Menu Live Photos.
Kemudian pilih gambar yang ingin disunting dan Tap pada menu Edit.
Pada paparan berikut. pilih menu ikon seperti dibawah.
Akhir sekali pilih “Frame” yang terdapat di sela masa Live Photo tersebut pada bahagian yang anda inginkan.
Selesai, sekarang tiada lagi masalah gambar “rosak” yang menyakitkan hati.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.