Kepada pengguna peranti apple diluar sana, paparan favorite kadang – kadang agak sensitif sekiranya dilihat oleh pihak ketiga. Berikut kami kongsikan cara untuk menyembunyikan paparan tersebut apabila tab baru dibuka pada aplikasi Safari.

Pertama sekali masuk ke bahagian Bookmarks.

Seterusnya pilih menu Edit.

Kemudian pilih menu New folder.

Namakannya sebagai Empty.

Seterusnya masuk ke menu Setting > Safari.

Pilih menu Favorites.

Pada paparan berikut, pilih Folder Empty yang anda cipta sebentar tadi.

Selesai, sekaran apabila membuka Tab baru pada Safari, maka tiada lagi paparan Favorites.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.