Kepada anda yang kerap membuat pembelian atas talian, semestinya akan kerap menyemak Tracking bagi item yang dipesan. Semakan menggunakan laman sesawang atau aplikasi tertentu boleh menjadikannya sedikit leceh dek kerana terdapat pelbagai perkhidmatan syarikat penghantaran.

Berikut kami kongsikan cara untuk menyemak status penghantaran bagi hampir semua Shipping company menggunakan aplikasi Telegram.

pertama sekali buat carian Channel Pandaibot.

 

Seterusnya masuk ke Channel tersebut dan buat carian /Help bagi senarai kod untuk semakan parcel.

Kemudian bagi menyemak status penghantaran, taip dan hantar kod seperti dibawah berserta nombor tracking, selesai.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.