Fungsi Hidden WiFi kebiasaannya digunakan untuk menyembunyikan paparan sambungan WiFi pada umum. Namun begitu, walaupun tidak dapat dilihat ianya dapat disambung oleh peranti sekiranya pengguna mengetahui maklumat terperinci bekenaan SSID dan kata laluan.

Berikut kami kongsikan cara untuk menyambung ke sambungan WiFi yang disembunyikan.

Pertama sekali klik pada ikon berikut.

Seterusnya pilih menu Hidden Network.

Klik tombol Connect.

Masukkan maklumat yang tepat bagi sambungan yang disembunyikan.

Berserta kata laluan.

Selesai, maka dengan itu anda akan disambungkan ke sambungan WiFi yang telah anda masukkan maklumatnya sebentar tadi.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.