Dengan membuat tetapan baru pada DNS Server dapat meningkatkan kelajuan dalam melayari internet dan secara tidak langsung membolehkan anda mengakses ke laman sesawang yang sebelum ini disekat.
Tips kali ini kami konsgikan cara untuk menukar tetapan DNS pada peranti komputer jenis Mac.
Pertama sekali masuk ke menu System Preferences.
Seterusnya pilih menu Network.
Kemudian Masuk kemenu WiFi > Advanced
Klik pada Tab DNS dan seterusnya klik pada tombol “+”
Pada bahagian berikut anda boleh sahaja memasukkan mana – mana alamat DNS yang anda inginkan, sebagai contoh seperti DNS Google seperti dibawah. dua baris yang pertama adalah untuk IPv4 dan dua yang terakhir adalah untuk IPv6
- 8.8.8.8
- 8.8.4.4
- 2001:4860:4860::8888
- 2001:4860:4860::8844
Untuk Open DNS yang lain, anda boeh membuat carian berkenaannya pada Google.
Kemudian klik pada tombol OK
Akhir sekali setelah semuanya selesai, klik sahaja pada tombol Apply.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.