Kepada anda yang Kerap menggunakan sambungan Bluetooth pada peranti Android sama ada pada PC ataupun kepada peranti yang lain, berikut kami kongsikan cara untuk menamakan semula sambungan tersebut agar mudah dikenali dan tidak tertukar dengan peranti yang lain.
Pertama sekali masuk ke menu Setting
Kemudian pilih menu Connected Devices.
Seterusnya pilih menu Connection Preferences.
Manakala pada paparan berikut pilih menu Bluetooth
Tap pada nama bluetooth peranti anda kemudian pilih menu berikut
Akhir sekali namakan sambungan tersebut kepada nama pilihan anda.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.