Bagi anda yang gemar menukar gambar profail akaun Google, ia tidak lagi sesukar dulu kerana Google kini membolehkan anda terus menukar gambar profail anda itu terus dari aplikasi Gmail di peranti Android dan iOS.

Berikut adalah cara menukar gambar profail akaun Google terus dari aplikasi Gmail:-

1. Tap pada gambar profail Google dalam aplikasi Gmail seperti rajah di atas.

2. Kemudian tap pada ikon profail Google anda.

3. Seterusnya tap pada butang Change bagi menukar gambar profail Google anda. Selesai/

Jadi dengan semudah ini, anda bolehlah kerap menukar gambar profail akaun Google kalau dah bosan dengan gambar lama.

Cuma setakat ini, ciri baru ini belum lagi ditawarkan dalam servis google yang lain seperti Google Drive, Meet atau Chat.