Bagi sebahagian pengguna, bunyi notifikasi yang diterima di telefon pintar mereka adalah amat penting. Tetapi mungkin bagi sebahagiannya pula tidak kisahkan pun bunyi tersebut.

Dari mula beli peranti sehingga beberapa tahun lamanya, bunyi notifikasi telefon pintar mereka masih menggunakan bunyi yang sama sahaja.

Ia sama ada mereka tidak ambil peduli pasal bunyi tersebut atau mereka sebenarnya sudah bosan dengan bunyi yang sama itu tapi tidak pula tahu cara tetapan untuk menukarkannya kepada bunyi lain yang lebih menarik.

Jadi di sini dikongsikan cara menukar bunyi notifikasi di telefon pintar Android anda.

1. Buka tetapan (Settings) – Pada tetapan peranti Android anda, cari pilihan “Sound” atau “Sound & Vibration.”

2. Seterusnya, tap pada Notifications.

3. Kemudian, tap pada ikon Categories (pilihan di sini mungkin sedikit berbeza bergantung kepada sistem antaramuka model telefon pintar Android anda).

4. Di bahagian Categories, anda boleh lah tap pada Notifications bagi memilih dan menetapkan bunyi notifikasi baru anda.

5. Di sini anda akan dapat mendengar seterusnya memilih puluhan bunyi menarik untuk dijadikan bunyi notifikasi anda. Untuk menetapkan bunyi yang dipilih, tap pada ikon loceng bunyi tersebut dan tap pada butang OK.

Suka diingatkan bahawa langkah-langkah tetapan bunyi notifikasi untuk peranti pintar Android anda mungkin sedikit berbeza dari yang dikongsikan di sini.

Tetapi secara asasnya ia adalah langkah tetapan yang sama bagi kebanyakkan peranti Android.

Jadi, selamat mencuba.