Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Menonton Video pada Chrome Secara “Picture in Picture (PiP)”

Posted on November 10, 2021

Kepada anda yang gemar melakukan tugasan lain pada PC ketika menonton video di laman sesawang, berikut kami kongsikan kaeadah yang boleh dicuba untuk menonton video secara Picture in Picture.

Pertama sekali muat turun dan pasang Extension Picture-in-picture pada pelayar Chrome anda.

Extension Picture – in – Picture

Kemudian buka mana – mana laman yang menyediakan servis bagi tontonan contohnya seperti Youtube.

Mainkan video yang anda inginkan, kemudian klik kanan pada video tersebut. Apabila keluar paparan kotak hitam berikut, jangan pilih mana – mana menu.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, klik kanan lagi sekali diluar kotak hitam tersebut dan pilih menu Picture in Picture.

Selesai, sekarang video tersebut akan dipaparkan di luar aplikasi Chrome, anda boleh menontonnya sambil melakukan tugasan lain seperti menaip dan sebagainya.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress