Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Meningkatkan “Volume” Video Yang Dimainkan Pada Pelayar Chrome

Posted on Februari 5, 2023

Kepada anda yang menghadapi masalah bunyi yang agak perlahan pada komputer riba ataupun PC dirumah, berikut kami kongsikan tips ringkas untuk meningkatkan tahap bunyi video yang dimainkan pada Chrome sehingga enam kali ganda.

Pertama sekali buat carian dan masuk ke laman “Extension” Volume Master pada Google.

Seterusnya pada paparan berikut, klik pada tombol Add to Chrome.

Kemudian klik pada tombol Add Extension, tunggu sehingga proses pemasangannya selesai.

Apabila telah selesai, maka akan muncul ikon Volume master pada penjuru atas sebelah kanan pelayar.

Untuk meningkatkan tahap bunyi pada Chrome, klik pada ikon tersebut dan laraskan tahap mengikut kesesuaian PC anda.

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress