Sudah semestinya kita akan merasa kecewa sekiranya video yang dirakam menjadi “shaky” ataupun dengan kata lain latarnya bergegar. Apatah lagi video tersebut merupakan momen yang sangat penting buat anda.
Apapun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara-cara untuk memperbaiki masalah rakaman video yang bergegar.
Caranya sangat mudah, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuka aplikasi Google Photos yang sudah tersedia ada dalam peranti anda atau boleh sahaja dapatkannya daripada Playstore dan Appstore.
Seterusnya pilih video yang anda ingin baiki
Setelah video tersebut terbuka, pilih menu seperti dibawah.
Kemudian pilih fungsi Stabailize.
Tunggu sehingga selesai prosesnya.
Setelah selesai, maka status video tersebut akan berubah menjadi Stabilized
Setelah itu video tersebut akan menjadi lebih stabil dan gegaran latar akan berkurangan. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.