Kepada anda yang inginkan sebarang gambar yang ditangkap ditukarkan terus kepada jenis PDF, berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali buka aplikasi Google Drive dan Tap pada ikon berikut.
Kemudian pilih menu Scan.
Seterusnya fungsi kamera akan diaktifkan, tangkap gambar yang ingin anda jadikan sebagai PDF.
Setelah gambar ditangkap, tap pada ikon berikut.
Kemudian klik pada menu Next.
Akhir sekali namakan fail tersebut dan ianya kan disimpan dalam format PDF.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.