Keadaan ini sering terjadi dimana layar peranti akan menjadi malap atau dikunci selepas seketika. Ianya bukanlah satu masalah, namun agak menjengkelkan sekiranya terjadi ketika anda sedang melihat gambar ataupun membaca mesej.

Berikut kami kongsikan langkah – langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan layar terkunci atau malap ketika anda sedang melihatnya.

Pertama sekali masuk ke menu Setting.

Pilih menu Display

Tap pada menu Screen attention.

AKtifkan fungsi tersebut.

Selesai, maka tiada lagi masalah auto lock ketika sedang melihat layar peranti.

Bagi pengguna peranti samsung Galaxy pula, masuk ke menu berikut.

Pilih Advanced features.

Masuk ke bahagian Motions and Gestures.

AKtifkan fungsi dibawah.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.