Kepada pengguna tegar aplikasi Internet Download Manager diluar sana, berikut kami kongsikan cara – cara untuk membaik pulih masalah tombol muat turun tidak muncul pada laman sesawang Youtube.
Pertama sekali buka menu Extension pada Google Chrome
Kemudian pada bahagian Extension IDM, klik tombol Remove
Masuk ke Folder “C:\Program Files (x86)\Internet Download Manager”
pilih fail IDMGCExt.crx klik dan tarik fail tersebut terus ke laman Extension pada Chrome.
Terakhir sekali, klik pada tombol Add Extension, selesai.
Sekiranya berjaya, maka fungsi asal tombol muat turun akan muncul pada bahagian video Youtube.