Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Mengaktifkan Mod Penjimatan Bateri Pada Pelayar Chrome

Posted on November 30, 2022

Aplikasi Chrome umum diketahui sebagai salah satu faktor yang menyebabkan bateri komputer riba anda berkurangan dengan pantas. Oleh itu Chrome telah memperkenalkan mod “battery-saving” bagi membantu mengatasi isu tersebut, berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan mod “battery-saving” pada pelayar Chrome.

Pertama sekali taip “chrome://flags” pada ruangan URL dan tekan kekunci Enter.

Seterusnya buat carian perkataan “Battery”

Cari menu berikut dan aktifkannya.

Kemudian klik ada tombol Restart.

Setelah selesai proses “Restart” klik pada menu 3 titik berikut dan pilih menu Settings.

Masuk ke bahagian “Performance” dan aktifkan fungsi Energy Saver. Pada menu tersebut akan diberi dua pilihan iaitu

  • Turn on only when my battery is at 20% or lower.
  • Turn on when my computer is unplugged.

Pilih mengikut kesesuaian yang anda inginkan untuk komputer riba anda.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress