Dengan mengaktifkan fungsi “Vitrual Machine Platform” membolehkan anda mencipta satu lagi PC didalam PC yang sedia ada secara maya. Berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan fungsi tersebut.
Pertama sekali tekan kombinasi kekunci Windows + R.
Seterusnya pada paparan berikut taip “Optionalfeatures” disusuli dengan menekan tombol OK.
Kemudian pilih funsgi “Virtual Machine Platform” dan “Sand Box”.
Tunggu sehingga proses pemasangannya selesai dan tekan tombol “Restart”.
Untuk membuka paparan PC “maya” tersebut, buat carian Sand Box dan jalankan aplikasi tersebut.
Maka akan muncul PC maya pada paparan windows anda, ianya boleh dijalankan sama seperti PC biasa. Sekiranya anda ingin menjalankan aplikasi yang berisiko, boleh sahaja mencubanya pada “Virual Platform” ini terlebih dahulu sebelum memasangnya pada PC sebenar.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.