Iklan merupakan sesuatu perkara yang subjektif. Ada individu yang menyukainya dan ada juga membenci iklan yang dipaparkan di platform media sosial.
Facebook adalah salah satu media sosial yang kerap memaparkan iklan terutama hari-hari penting seperti jualan mega dari Shopee mahupun Lazada.
Akan tetapi, iklan yang dipaparkan adalah bersifat rawak. Mungkin anda pernah menjumpai iklan barangan yang menarik tetapi pada waktu itu, anda tidak berminat untuk membeli.
Namun, apabila sampai satu masa dimana anda mahu mencari produk yang pernah diiklankan itu, tidak dapat dijumpai.
Oleh itu, di sini kami kongsikan cara untuk mencari kembali iklan yang pernah anda lihat di Facebook.
Caranya sama bagi kedua-dua peranti iOS dan Android. Pertama sekali, buka aplikasi Facebook dan klik pada tiga garis ini.
Seterusnya, klik pada see more.
Kemudian, klik pada Recent Ad Activity.
Di sini, anda dapat lihat kesemua iklan yang pernah anda lihat atau klik. Dengan ini, ia memudahkan pencarian barang yang anda mahu membeli terutama apabila ia dijual dengan harga yang sangat murah.
Sampai sini sahaja perkongsian kali ini. Selamat mencuba dan berbelanja.