Kepada anda yang ingin menambah tarikan pada persembahan power point yang anda buat, berikut kami kongsikan cara untuk mencantumkan beberapa objek sebagai animasi pada slaid.

Pertama sekali pada Tab Insert, pilih sama ada gambar atau objek yang anda inginkan.

Kemudian pilih kesemua objek yang anda masukkan.

Seterusnya group kan objek – objek tersebut.

Pilih objek yang telah di cantumkan sebentar tadi.

Masuk ke bahagian animations dan pilih jenis animasi yang anda inginkan.

Selesai, sekarang cantuman objek yang anda ciptakan akan bergerak mengikut pilihan animasi yang anda tetapkan.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.