Kepada anda yang Mengalami masalah untuk menaip menggunakan papan kekunci pada Windows, berikut kami kongsikan alternatif lain yang boleh dicuba iaitu menaip menggunakan suara.
Pertama sekali masuk ke menu Setting.
Seterusnya pilih menu Ease of access
Pada bahagian Speech, aktifkan fungsi berikut.
Untuk makluman anda, fungsi ini hanya tersedia untuk beberapa bahasa sahaja termasuk bahasa inggeris.
Bagi mengaktifkan fungsi ini, tekan kombinasi kekunci Windows + ctrl + s.
Pada cubaan kali pertama akan muncul paparan tetapan Microfone terlebih dahulu.
Pilih jenis peranti yang anda gunakan.
Kemudian lakukan tetapan suara, iaitu dnegan menyebut bebrapa perkataan untuk dijadikan rujukan oleh Windows.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.