Jika anda seorang yang terlalu sibuk dan tak menang tangan, disini kami kongsikan cara menaip menggunakan suara di peranti Android.

Pertama sekali pastikan anda menggunakan Gboard dan tetapkan sebagai papan kekunci default di peranti Android anda. Boleh muat turun aplikasi Gboard di Google Play Store.

Baca juga – Cara Gabungkan Playlist Spotify Dengan Kenalan Lain

Kemudian, anda perlu pastikan ciri voice typing sudah dihidupkan dengan menekan ikon gear yang ada pada kekunci Gboard.

Seterusnya, pilih “Voice Typing” pada tetapan menu.

Pastikan tombol voice typing dibahagian atas sudah dihidupkan.

Sebaik sahaja dihidupkan, anda boleh guna ciri ini dengan menekan ikon mikrofon dibahagian atas kanan Gboard.

Untuk pengguna kali pertama, paparan ini akan muncul. Pilih “While using this app” untuk memberi kebenaran sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Selesai. Sekarang Gboard akan mendengar dan anda boleh sebutkan perkataan yang ingin ditaip. Tekan ikon mikrofon sekali lagi setelah habis bercakap.

Itu sahaja perkongsian tip gajet kali ini. Semoga bermanfaat.

Baca juga – Cara Jadikan Peranti Android Sebagai Tetikus dan Papan Kekunci Menggunakan Bluetooth