Pelayar Edge yang ditawarkan oleh Windows sememangnya boleh dikatakan setanding Chrome, sama ada dari aspek keselamatan dan kepuasan penggunaanya. Malangnya tidak ramai yang tahu akan kewujudan pelbagai Extension tambahan yang menarik disediakan oleh pelayar ini.
Berikut kami kongsikan salah satu Extension yang ditawarkan oleh Edge dalam memaksimumkan keseronokan ketika menonton atau melayari laman video YouTube.
Pertama sekali masuk ke aplikasi Microsoft Stores kemudian pasang aplikasi Enhancer For YouTube.
Setelah selesai proses pemasangan, buka pelayar Edge maka akan muncul ikon Merah seperti berikut.
Klik pada ikon tersebut dan anda akan dibawa kepaparan pelbagai tetapan untuk laman YouTube. Dengan menggunakan tetapan berikut, anda dapat melakukan pelbagai modifikasi bagi laman YouTube.
Juga tersedia tetapan untuk menyekat iklan.
Diantara tetapan yang disediakan, tersedia juga pelbagai tetapan Dark mode yang boleh anda cuba.
Berikut salah satu tetapan paparan Dark Mode yang kami cuba, sangat menarik bukan?.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.