Boleh dikatakan hampir kesemua kad sim sudah disediakan dalam bentuk nano oleh telco – telco yang sedia ada sekarang, namun masih lagi terdapat simkad yang tidak tersedia dalam bentuk tersebut, sama ada kad sim yang lama atau sebagainya.
Memotongnya sangat mudah sekiranya anda mempunyai pemotong khas khusus untuk proses tersebut. Walalubagaimanapun sekiranya disaat terdesak dan tidak mempunyai pemotong, berikut kami kongsikan cara untuk anda memotong kad sim versi dirumah.
Langkah 1
Pertama sekali pastikan anda memuat turun dan cetak gambar panduan berikut terlebih dahulu. pastikan anda cetak dengan resolusi asal gambar.
Boleh sahaja gunakan pautan berikut
Langkah 2
Seterusnya pastikan kad sim tersebut diletakkan pada garisan yang disediakan dan buat garisan pada kad dengan menggunakan pen.
Langkah 3
Setelah siap langkah 2, maka anda bolehlah mula memotong kad tersebut dengan menggunakan gunting yang tajam dan sesuai. Potong dengan berhati – hati iaitu tidak terlalu perlahan atau terlalu pantas.
Langkah 4
Apabila selesai prpses memotong, anda boleh cuba untuk memasukkannya pada slot kad sim pada peranti, sekiranya didapati kurang “cantik” bentuknya boleh sahaja meratakannya degan menggunakan kertas pasir dan sebagainya.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini , semoga bermanfaat.