kepada anda yang telah memuat turun fail dalam format Zip, kebiasannya tidak dapat dibuka pada kebanyakan aplikasi seperti Telegram, Whatsapp dan sebagainya. Berikut kami kongsikan alternatif yang boleh dicuba ntuk membuka fail tersebut.
Pertama sekali setelah fail dimuat turun, buka aplikasi Files.
Kemudian pergi ke lokasi fail tersebut disimpan, pada kebiasaannya berada pada folder “On my iPhone” > Download.
Seterusnya untuk “extract” kesemua isi kandungan fail zip tersebut, Tap sahaja pada failnya. Maka ianya akan dibuka seperti dibawah.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.