Bagi pengguna PC dengan sistem operasi Windows 10, berikut kami kongsikan cara yang betul untuk membuat carian menyeluruh kesemua gambar yang terdapat dalam PC
Pertama sekali masuk ke ruang simpanan ataupun lokasi yang ingin anda buat carian, kemudian klik pada tab search pada bahagian atas sebelah kanan. Kemudian klik pada menu kind > Picture
Maka dengan itu Windows akan bertindak dengan segera untuk membuat carian kesemua fail yang berkaitan.
Manakala kepada anda yang ingin menggunakan Shortcut, boleh sahaja masukkan kod berikut pada tab search
kind:=picture
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.