Kepada anda yang berasa jengkel dengan paparan emoji pada kekunci peranti iPhone, berikut kami kongsikan cara untuk memadamnya daripada paparan pilihan papan kekunci.
Pertama sekali masuk ke menu Setting.
Seterusnya pilih menu General.
Tap pada menu Keyboards.
Seterusnya pilih menu Edit.
Tap pada ikon merah berikut untuk menghapuskan paparan emoji.
Selesai, sekarang tiada lagi tombol emoji yang boleh mengganggu proses menaip anda.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.