Peranti keluaran Xiaomi sememangnya sangat terkenal akan keunikannya. Kepada yang masih belum tahu, berikut kami kongsikan cara untuk menetapkan agar peranti Xiaomi dapat dimatikan dan dihidupkan secara berjadual.
Kaedah ini sangat sesuai kepada anda yang ingin menjimatkan penggunaan bateri. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.
Pertama sekali masuk ke aplikasi Security
Kemudian pilih menu Battery
Seterusnya klik pada tetapan battery pada sebelah atas kanan
Untuk menetapkan jadual untuk menghidup dan mematikan peranti, anda hanya perlu pilih Schedule power/on off
Kemudian pilih sahaja waktu yang anda berkenan sebagai tetapan jadual On dan OFF peranti tersebut.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.