Dengan memasukkan paparan video dapat menjadikan penulisan atau artikel lebih menarik dan informatif.

Tahukah anda bahawa dokumen pada Word dapat dimasukkan video daripada Youtube? Berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali pilih mana – mana video yang anda berkenan pada laman Youtube, kemudian salin alamat pada ruangan URL,

atau, klik pada menu Share.

Seterusnya klik pada menu Embed.

Kemudian salin kod berikut.

Masuk ke ruangan dokumen Word. Pada Tab Insert pilih menu Online Video.

Paparan berikut akan muncul, tampalkan kod yang anda salin sebentar tadi ataupun URL bagi video yang ingin anda masukkan.

Selesai, sekarang video tersebut akan muncul pada paparan dokumen Word.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.