Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Memasukkan Tandatangan Pada Google Doc

Posted on Jun 3, 2022Jun 3, 2022

Kepada anda yang menggunakan Google Doc sebagai alternatif kepada Microsoft Word, berikut kami kongsikan cara untuk memasukkan tanda tangan pada dokumen yang anda inginkan.

Pertama sekali buka dokumen menggunakan Google Doc dan seterusnya pilih menu Insert > Drawing > New

Seterusnya pilih menu Scribble.

Kemudian lukiskan tanda tangan anda pada layar menggunakan jari ataupun peranti menulis yang tersedia pada PC atau iPad anda.

Pada menu berikut, anda boleh lakukan sedikit suntingan pada tanda tangan tersebut.

Setelah berpuas hati dengan hasilnya klik pada tombol Save and Close.

Selesai, sekarang anda boleh masukkan tanda tangan tersebut pada dokumen yang anda inginkan.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress