Data Cache akan di simpan pada storan peranti bertujuan untuk memudahkan proses dijalankan oleh aplikasi pada peranti. Namun begitu sekiranya terdapat sebarang masalah ataupun aplikasi tidak berfungsi dengan baik, langhkah pertama yang boleh dicuba ialah dengan memadam data tersebut.
Manakala bagi peranti yang mempunyai storan bersaiz kecil akan menyebabkan ruang storannya akan cepat penuh sekiranya data tersebut tidak dipadam dari semasa ke semasa.
Memadam data Cache tidak akan mengganggu data lain pada aplikasi seperti tetapan pada profil, sejarah penggunaan dan sebagainya. Oleh itu anda tidak perlu risau akan kehilangan data penting yang disimpan
Berikut kami kongsikan cara untuk memadam data Cache pada setiap aplikasi peranti Android.
Pertama sekali masuk ke menu Setting.
Kemudian masuk ke menu Apps.
Seterusnya pilih aplikasi yang ingin anda hapuskan data cache nya.
Pilih menu “Storage & Cache”.
Tap pada menu Clear Cache.
Selesai, berikut perbandingan diatara sebelum dan selepas data Cache dipadam.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.