Kepada anda yang tidak suka meninggalkan jejak pelayaran internet dan berasa leceh untuk memadamnya setiap kali selesai proses pelayaran, berikut kami kongsikan untuk menetapkan pemadaman sejarah pelayaran secara automatik.
Pertama sekali buka aplikasi Safari kemudian buka menu Preferences
Pada ruangan tab General, pilih menu Remove history items
Buat tetapan sela masa untuk sejarah pelayaran dipadam oleh Safari.
Pada bahagian bawah pula ada menu Remove download list items, yang mana fail yang dimuat turun akan dipadam dalam sela masa yang ditetapkan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.