Kepada anda yang terlupa kata laluan yang disimpan pada Google Chrome, berikut kami kongsikan cara untuk melihat semua kata laluan yang telah disimpan pada pelayar terkenal Chrome.
Pertama sekali pada bahagian menu tiga tititk pepenjuru atas, pilih menu setting
Kemudian pada paparan berikut, klik pada menu Password.
Seterusnya anda akan dibawa ke semua senarai akaun yang telah disimpan kata laluannya. Untuk melihat kembali kata laluan yang telah disimpan, klik sahaja pada ikon Mata berikut maka kata laluan akan didedahkan.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.