Status “kesihatan” bateri sangat sinonim dengan pengguna iPhone yang mana ianya dapat dilihat pada menu peranti Apple tersebut. Maklumat berkenaan bateri sangat penting terutamanya bagi anda yang berhasrat membeli peranti terpakai.
Malangnya tidak semua peranti Android yang memaparkan status bateri tersebut, kecuali peranti jenis Samsung Galaxy sahaja. Berikut kami kongsikan cara untuk melihat status Battery Health bagi peranti Android.
Status Pada Peranti Samsung Galaxy.
Pertama sekali masuk ke menu Setting.
Kemudian pilih menu Battery and device care.
Seterusnya masuk ke menu Diagnostic.
Akhir sekali tap pada menu berikut.
Maka maklumat berkenaan “kesihatan” bateri peranti akan dipaparkan.
Status Pada Peranti Android Yang Lain
Kepada anda yang menggunakan peranti Android selain daripada samsung Galaxy, boleh sahaja menyamak status bateri dengan memasang aplikasi AccuBattery daripada Playstore.
Walaubagaimanapun, aplikasi tersebut tidak dapat melihat status bateri dengan serta merta, ianya akan selesai dianalisis selepas beberapa kali peranti dicas penuh.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.