Kepada anda yang tidak ingin lokasi terkini dikesan pada perkongsian yang “Live Location” di aplikasi Whatsapp oleh ahli kumpulan yang lain, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali lakukan perkongsian Live Location seperti biasa pada Group.

Kemudian masuk ke menu Setting peranti.

Seterusnya skrol kebawah dan buka menu Whatsapp.

Tap pada menu Location.

Akhir sekali pada paparan berikut, pilih menu Never. Maka dengan itu pergerakan anda pada live location akan dibekukan tanpa disedari oleh ahli kumpulan yang lain.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.