Jika Amazon ada Alexa, Apple dengan Siri, Google pula mempunyai Google Assistant. Sejak dilancarkan pada 2016, ia memberi pelbagai kemampuan untuk membantu pengguna.
Namun, tidak semua daripada pengguna menggemari ciri ini dan ada juga yang tidak mahu menggunakannya.
Anda mungkin pernah mengalami saat fungsi arahan suara ini muncul secara tiba-tiba pada paparan telefon pintar. Bagi yang mahu mematikan Google Assistant boleh ikuti langkah-langkah dibawah.
1. Buka aplikasi Google pada telefon pintar.
2. Tekan pada More.
3. Tekan Settings.
4. Tekan Google Assistant.
5. Pergi ke bahagian Assistant dan cari Assistant Devices (Phone).
6. Matikan fungsi Google Assistant.
Sekiranya anda mahu aktifkan kembali fungsi ini, boleh turuti langkah sama diatas.