Ciri pengecaman wajah di Facebook diperkenalkan bertujuan mengenalpasti wajah pengguna pada gambar atau video secara automatik. Melaluinya, Facebook akan tag atau memberi cadangan mengenai kandungan yang terkandung dengan wajah anda.
Walaupun begitu, pengguna diberi kawalan sama ada untuk menghidupkan atau mematikan ciri ini atas dasar keselamatan dan privasi. Bagi anda yang mahu menyahaktifkan ciri ini, boleh lakukan dengan mudah sahaja.
- Pertama sekali buka akaun Facebook pada pelayar web anda.
Kemudian tekan butang ikon anak panah ke bawah di bahagian atas kanan. Pilih “Settings and Privacy” dalam menu tersebut.
Tekan “Settings”.
Selepas itu, pilih “Face Recognition” pada menu di bahagian kiri.
Tekan butang “Edit” berwarna biru di bahagian kanan.
Anda akan diberi pilihan tetapan untuk kebenaran mengenalpasti wajah pada gambar atau video. Pilih “No” dan tekan “Close” untuk simpan tetapan baru.
Selesai. Untuk aplikasi Facebook di peranti mudah alih pula ikuti langkah berikut.
Buka aplikasi Facebook dan tekan butang tiga garisan di bahagian atas kanan.
Tatal ke bahagian “Settings & Privacy” dibawah dan pilih Settings.
Pilih “Face Recognition” di bawah bahagian “Privacy”.
Kemudian, tekan pilihan “Do you want Facebook to be able to recognize you in photos and videos?” dan tandakan pilihan “No”.
Sekarang ciri ini sudah dimatikan dan data wajah anda dibuang daripada server Facebook.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.