Khsuus kepada anda yang mengalami masalah sambungan WiFi yang tidak stabil dan perlahan dirumah. Berikut kami kongsikan alternatif yang boleh anda cuba sebelum berhabis ratusan ringgit untuk menggantikan modem.
1. Jauhkan daripada peralatan Elektrik
Alatan elektrik yang berdekatan juga boleh mengganggu isyarat Router WiFi anda. meletakkannya berjauhan daripada peralatan elektrik yang lain untuk memperoleh isyarat yang maksimum.
2. Gunakan WiFi Repeater
Peranti ini merupakan alat yang paling sesuai untuk Boost kan signal WiFi. Anda boelh dapatkan Repeater ini dengan harga yang sangat berpatutan dikedai – kedai komputer.
3. Letak ditempat yang sesuai
Pastikan tiada halangan seperti dinding konkrit yang tebal ataupun tangga yang mungkin menghalang isyarat WIFi daripada disebarkan dengan lebih efisien. Disyorkan agar meletakkan Router ditengah – tengah ruang tamu yang terbuka.
4. Jarak Rumah
Router dirumah jiran juga boleh mengganggu isyarat WiFi. Mungkin anda boleh mencari arah Router jiran anda dan cuba alihkan router anda sendiri melawan arah router tersebut.
5. Mungkin dicuri
Punca terakhir yang mungkin terjadi adalah sambunagn WiFi anda telah dicuri. Pastikan anda sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Gunakan tahap security yang lebih rumit pada firewall WiFi Router anda.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.