Kepada anda yang kehilangan peranti pintar sama ada Android mahupun iOS, risau sekiranya maklumat peribadi seperti kad kredit dan sebagainya dilihat oleh pihak yang tak bertanggungjawab, berikut kami kongsikan cara untuk log keluar ke semua akaun melibatkan Google pada peranti tersebut.

Pertama sekali masuk ke akaun profil Google akaun menggunakan pelayar pada PC. Pilih Menu Manage Account.

Seterusnya pada bahagian Security, pilih menu Manage Devices.

Pada paparan berikut anda akan nampak senarai peranti yangs edang di log masuk menggunakan akaun Google teresebut. Klik pada ikon 3 titik dan pilih menu Sign Out.

Apabila muncul paparan dibawah, klik pada menu Sign Out sekali lagi. Maka dengan itu akaun Google anda pada peranti yang hilang tersebut akan di log keluar.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.