Musim perayaan kini sudah tiba. Pasti ramai dalam kalangan kita yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Bagi memudahkan anda merancang perjalanan, disini kami sertakan cara untuk melihat status trafik semasa kesemua lebuhraya dalam negara. Anda hanya perlu pergi ke Portal Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan terus ke ‘Status Trafik Semasa’.
{suggest}
Selain itu anda juga boleh mendapatkan info terkini keadaan trafik melalui ciapan @LLMinfotrafik di Twitter. Setiap info akan dikemaskini sama ada trafik bergerak lancar, perlahan ataupun berlakunya kemalangan di sesebuah lokasi.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda merancang perjalanan untuk mengelakkan dari terperangkap lebih lama di lebuhraya.