Antara yang menjadi kegelisahan pengguna iPhone tentunya masalah storan yang semakin berkurang.
Terutamanya apabila iPhone masih belum sampai setahun digunakan, storan sudah hampir penuh.
Oleh itu, berikut saya kongsikan cara mudah untuk menambah semula storan iPhone supaya dapat mengurangkan kegelisahan dalam diri anda.
Cara tambah balik storan iPhone
Langkah 1: Pergi ke Settings>General>iPhone Storage. Di sini anda boleh ketahui aplikasi mana yang mengambil paling banyak storan telefon.
Pilihan langkah 2:
- Jika WhatsApp mengambil paling banyak storan dalaman, anda hanya perlu ke aplikasi itu sendiri untuk buang mana-mana gambar atau video yang tidak diperlukan.
- Sekiranya media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, atau TikTok, anda boleh uninstall dan install semula aplikasi untuk dapatkan semula storan yang berkurang.
- Jika anda takut untuk uninstall, anda juga boleh klik pada ‘Offload Apps’, yang memudahkan anda untuk membuang aplikasi yang jarang digunakan tapi data aplikasi masih disimpan.
- Anda juga boleh pilih sendiri aplikasi yang jarang digunakan dan klik pada ‘Offload App’ untuk offload secara manual.
Biasanya langkah-langkah ini dapat mengembalikan sehingga 5GB atau lebih lagi storan dalaman peranti.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: