Baru – baru ini google telah membuang salah satu fungsi pada carian imej, iaitu butang View Image. Kepada yang gemar mendapatkan gambar melalui carian sudah semestinya akan berasa sangat kecewa.
Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengembalikan fungsi tersebut
Caranya sangat mudah, iaitu dengan memasang extension “View Image” pada pelayar Chrome ataupun Mozilla. Taip sahaja nama extension tersebut pada carian Google. Anda boleh rujuk gambar dibawah.
Setelah siap pasang, “restart” kembali pelayar chrome tersebut dan apabila anda membuat carian gambar maka akan muncul butang “View Image” seperti dibawah.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat