Kepada anda yang menggunakan peranti iPhone diluar sana, berikut kami kongsikan alternatif yang boleh dicuba untuk memulihkan masalah sambungan Wifi ataupun internet pada peranti Apple tersebut.

Pertama sekali masuk ke menu Setting.

Kemudian pilih menu General.

Seterusnya pilih menu Reset.

Pada paparan berikut, Tap pada menu Reset Network Setting.

Selesai, dengan itu tetapan Rangkaian peranti seperti WiFi, data dan sebagainya akan dikembalikan kepada asal.

Itulah sahaja perkongsian kami untuk kali ini, semoga bermanfaat.