Sejak tahun lalu, pembelian secara dalam talian melalui platform e-dagang seperti Shopee mula diterima ramai.

Walau bagaimanapun, di dalam dunia ini tiada yang sempurna kerana kadangkala pasti anda pernah merasai pengalaman kurang baik bersama kurier atau penjual.

Sebagai contoh, anda sudah membeli barang tersebut dan apabila membuat semakan di aplikasi Shopee, barang tersebut masih belum lagi dihantar ke kurier.

Atau pun, ada beberapa situasi dimana anda merasakan barang anda sudah dicuri atau hilang semasa penghantaran kerana barang yang dibeli masih belum tiba di depan pintu.

Oleh itu, anda akan terus membatalkan (cancel) tempahan dan ingin mendapatkan kembali wang yang digunakan. Namun, tanpa diduga yang mana barang dibeli itu sudah berada di depan rumah.

Disebabkan itu, anda tidak mahu menggunakan barang yang diterima secara percuma dan mahu membayar semula wang kepada penjual.

Untuk berbuat demikian, mudah sahaja. Anda hanya perlu membuka aplikasi Shopee, klik pada ShopeePay.

Kemudian, klik transfer dan taipkan nama penjual. Seterusnya, anda hanya perlu memasukkan jumlah wang yang ingin dibayar. Selepas itu, resit pembayaran akan dihantar kepada penjual secara automatik.

Pun begitu, anda terlebih dahulu perlu bertanya kepada penjual kerana kadan-kadang mereka tidak mahu menerima wang tersebut.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan, semoga membantu.