Hantaran e-mel diluar waktu kerja sesuatu yang tidak patut dilakukan. Namun jika tidak dilakukan, si penghantar mungkin terlupa untuk berbuat demikian pada masa yang lain.
Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, Gmail telah menyediakan ciri menjadualkan penghantara emel. Ciri ini sedia ditawarkan sejak tahun lalu lagi dimana sebelum ini, penjadualan emel memerlukan perisian pihak ketiga.
Cara menjadualkannya sangat mudah dan anda boleh lihat langkah dibawah.
Komputer
1. Buka Gmail di komputer dan karanglah emel anda itu.
2. Setelah itu, tekan butang tiga segi seperti dibawah.
3. Pilih Schedule send.
4. Tetapkan tarikh yang anda mahukan.
Telefon pintar
1. Buka aplikasi Gmail di peranti mudah alih anda.
2. Selepas selesai mengarang emel, pergi ke ikon titik tiga bertindih pada penjuru atas kanan.
3. Pilih Schedule send dan tetapkan tarikh serta waktu pada paparan seterusnya.
Mudah bukan? Anda kini tidak lagi mengganggu penerima lebih-lebih lagi pada cuti hujung minggu ini. Kongsikan pada rakan anda yang gemar hantar emel diluar waktu kerja.