Kebanyakkan laman sesawang kini tersedia untuk dilayari dalam tetapan mod gelap. Malah ada laman sesawang yang menawarkan pilihan kepada pelayar untuk menetapkannya dalam mode gelap dan cerah.
Walaubagaimanapun, masih terdapat laman sesawang yang tidak menawarkan mod gelap untuk dilayari.
Pelayar Google Chrome memberikan pilihan alternatif di mana ia membenarkan penggunanya melayari sebarang laman sesawang dalam mod gelap.
{suggest}
Jadi berikut adalah cara untuk melayari sebarang laman sesawang dalam mod gelap:-
1. Buka aplikasi pelayar Google Chrome
2. Di bahagian atas ruang URL, taip chrome://flagsĀ dan tekan butang kekunciĀ Enter.
3. Kemudian buat carian Dark mode.
4. Seterusnya pada kotak pilihan, tukarkan tetapan Default kepada Enable.
5. Selepas itu, tekan butang Relaunch.
Anda akan dapati selepas tetapan itu dibuat, semua laman sesawang yang anda layari akan tersedia dalam mod gelap.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.