Kod QR kini sudah digunakan secara meluas bagi memudahkan pengguna untuk pergi ke laman web dan sebagainya.

Namun, bagaimana untuk mengimbas kod QR berdasarkan imej atau tangkap layar (screenshot) yang diberikan?

Caranya sangat mudah. Pertama sekali, anda perlu memuat turun aplikasi Google di iOS atau Android sekiranya masih belum ada.

Buka aplikasi ini dan klik pada ikonĀ Google Lens.

Selepas itu, anda hanya perlu klik ikonĀ gallery dan pilih kod QR yang ada dalam telefon pintar.

Kemudian, kod QR tersebut akan diimbas secara automatik dan sekiranya kod itu adalah pautan, anda boleh klik untuk mengakses laman web tersebut.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan daripada kami pada kali ini. Selamat mencuba.