Jika anda pengguna Telegram, pasti anda ketahui akan saved message iaitu menghantar mesej pada diri sendiri.

Fungsi ini sangat memudahkan sekiranya anda tidak mahu membuka aplikasi lain bagi membuat sebarang catitan dan sebagainya. Namun, fungsi ini tiada pada WhatsApp secara asasnya.

Mungkin ada yang sudah pernah melakukannya dengan cara mencipta kumpulan perbualan bersama seorang rakan yang kemudiannya, anda mengeluarkan rakan anda dalam kumpulan perbualan tersebut.

Oleh itu, di sini kami memberikan satu cara yang lebih mudah untuk menghantar mesej pada diri anda sendiri tanpa mencipta kumpulan perbualan yang baru.

Pertama sekali, anda perlu membuka pelayar pada telefon pintar. Kemudian masukkan nombor telefon anda. Sebagai contoh, wa.me/60123456789.

Seterusnya, paparan ini akan keluar dan klik pada ‘continue to chat’.

Di sini, anda dapat lihat nombor telefon berserta gambar profil sendiri. Anda juga boleh menyimpan atau menamakan mesej perbualan ini dengan klik nombor telefon tersebut dan ‘add to contacts’.

Dengan ini, anda boleh terus menghantar mesej kepada diri anda untuk melakukan apa sahaja seperti menghantar gambar, mesej, dokumen dan sebagainya.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga bermanfaat.