Baru-baru ini Spotify ada memperkenalkan ciri baru Only You yang memberikan data peribadi mengenai lagu yang didengar seakan Spotify Wrapped.

Disamping menyediakan data peribadi pendengar, Only You juga memberi ciri beta Blend yang mencampurkan senarai main (playlist) dua pengguna.

Berikut adalah cara membuat senarai main Blend dengan pengguna lain pada aplikasi mudah alih di iPhone, iPad, dan Android.

Baca juga – Spotify Ikut Langkah Apple, Perkenal Podcast Berbayar

Pertama sekali, anda perlu buka aplikasi Spotify, pergi ke tab “Search“, dan pilih “Only You“.

Seterusnya, skrol ke bahagian “Made for Two” dan pilih “Create a Blend“.

Kemudian anda perlu menjemput kenalan yang anda ingin kongsi dan campur senarai lagu dengan menekan butang “Invite“.

Paparan menu perkongsian peranti akan muncul dengan pautan jemputan untuk diberi kepada kenalan. Tekan “Copy” untuk salin pautan.

Sejurus sahaja kenalan anda sertai jemputan melalui pautan tersebut, satu senarai main akan dicipta secara automatik.

Setiap lagu akan ditanda dengan icon avatar kecil dan nama senarai main adalah berdasarkan nama pengguna-pengguna yang terlibat.

Selesai. Kini anda boleh berkongsi dan mendengar lagu yang sama bersama kawan, keluarga, atau kenalan dengan lebih seronok.

Untuk pengetahuan, senarai main Blend terletak di bahagian Only You. Namun anda boleh pindahkannya ke “Library” dengan menekan butang “Follow” atau muat turun untuk mendengar secara offline.

Baca juga – Cara Muat Turun Lagu Spotify Untuk Dengar Secara Offline

Sekian sahaja perkongsian tip gajet kali ini. Semoga bermanfaat.